Dekorasi Sempena Bulan Kemerdekaan

16 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Bersempena Hari Merdeka yang bakal menjelang iaitu pada 31 Ogos 2020, staf Pusat Internet Kg Stungkor Baru telah menjalankan aktiviti dekorasi pusat internet. Staf telah dibantu oleh 4 orang pelajar sekolah rendah. Aktiviti dekorasi melibatkan pemasangan bendera di hadapan kaunter, di setiap komputer dan di dinding yang bersesuaian.

Para pelajar turut didedahkan bahawa mereka harus menghormati bendera negeri-negeri dan Jalur Gemilang dengan tidak memijak, membuang secara sembarangan, menghina dan tidak menggunakan bendera yang lusuh. Mereka turut diajar cara meletak bendera secara betul agar tidak terbalik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali